Hot Jack
Sumber: Majalah Wanita Ogos 1999
Hits: 1302 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
200 gm kacang soya kering 50 gm karamel 15 gm gula 5 gm mix spice 1 gm cuka 20 gm tepung gandum 30 gm minyak bijan 50 gm air 10 gm bawang putih 10 gm halia 350 gm daging ayam 350 gm serbuk cili |
Bahan untuk kepingan tortilla:
Bawang (dipotong dadu) Tomato Daun salad Krim masam Lidi penyemat |
| Cara: |
Bagi cara memasak inti, rendam kacang soya sehingga lembut dan dikisar sehingga lumat.
Panaskan minyak, tumis halia dan bawang putih. Masukkan kacang soya.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit.
Tuangkan kesemua air sebelum mencampurkan mix spice. Kacau sehingga pekat. Tuangkan karamel dan gula. Kacau sehingga campuran menjadi likat. Campurkan ayam yang dipotong dadu diikuti dengan serbuk cili.
Dalam penyediaan Hot Jack, dapatkan tortilla di pasar raya. Sapukan dengan krim masam. Taburkan bawang yang dipotong dadu.
Letakkan inti Hot Jack di atas dan taburkan tomato yang dipotong dadu dan daun salad.
Gulung dan cucuk dengan lidi penyemat supaya melekat. |