Spageti Marinara
Sumber: Majalah Wanita Ogos 1999
Hits: 1019 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
Spageti 2 ulas bawang putih 2 ekor udang 2 ekor tiram 1 ekor sotong Sedikit minyak zaitun |
200 gm tomato 5 gm bawang putih 6 gm daun parsli 6 gm oregano 10 gm gula melaka 3 gm lada hitam |
| Cara: |
Dalam cara menyediakan sos, ramas tomato yang dibuang kulit sehingga 80 peratus lumat. (Pengisar makanan juga boleh digunakan).
Cincang bawang putih sehingga halus.
Campurkan kesemua bahan yang lain. Masak di dalam periuk yang sesuai.
Masak sehingga mendidih. Simpan di dalam peti sejuk. Ia sedia digunakan.
Cara memasak pula, tumis bawang putih yang telah ditumbuk dengan minyak zaitun.
Masukkan sos marinara. Kacau rata.
Masukkan udang, tiram dan sotong. Kacau hingga semuanya empuk.
Masukkan spageti. Gaulkan sehingga rata lebih kurang seminit.
Hidangkan dengan hiasan daun pudina. |