Tomyam Campur Cun-Cun Punya
Kiriman: M.S Irfan
Sumber: tengok org masak kat restoren dan ubah sendiri
Hits: 480 Rating: 6.67 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
1. Daging (sukahati,direbus dahulu)
2. sotong ( sukahati )
3. ketam ( 2 ekor ke )
4. Kerang ( sukahati )
5. udang ( sukahati,direbus asing )
6. Kupang ( sukahati )
7. 150ml susu cair(adjust sendr)
8. 1.7 L air(bleh campur ngan air rebusan daging tadi)
9. secubit gula
10. secukup garam
11. 1 sidu teh serbuk perasa
|
1. 3 peket perencah tomyam ADABI
2. 3 batang serai ( titik )
3. 20 batang cili padi
4. 1 peket cendawan
5. 1 batang lobak
6. 5 keping duan limau purut(koyakkan)
7. 4 biji limau nipis
8. 3 tangkai daun ketumbar (racik)
9. 1 biji bawang holland (potong bulat)
10. 6 biji bwang putih (ketuk)
|
| Cara: |
1. Panaskan air bersama bawang putih hingga hampir mendidih.
2. masukkan perencah tomyam,serai,daun limau,bawang holland..
3.hampir mendidih,masukkan lobak,daging,ketam,kerang,kupanggula,garam,serbuk perasa,cili,tunggu hingga mendidih..kalau x masam masukkan air perahan limau nipis...
4. masukkan susu cair,cendawan dan daun ketumbar...kacau perlahan2 dan jgn tanggalkan kerana susu tadi akan menjadi ketul2 kalau x dikacau....adunan tadi dengan rase masam,lemak,pedas,masin....
5. siap dihidangkan.... |
| Tambahan: |
| jgn campur udang semase masak kerana air udang akan mengganggu rasa tomyam...kalau nak makan,baru ambil udang yang dah direbus asing..susu cair perlu untuk menambahkan lemak dan kelazatan tomyam |
|