Sosej Lilit
Sumber: Majalah Jelita Disember 1997
Hits: 626 Rating: 7.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
500 gm kentang (direbus empuk) 130 gm tepung serba guna 50 gm mentega Garam |
Serbuk lada sulah 10 sosej (disapu sedikit minyak masak) 1 biji telur (dipukul) |
| Cara: |
| Lecek kentang bersama tepung serba guna, mentega, garam dan serbuk lada sulah di dalam mangkuk. Uli hingga ia menjadi doh. Biar ia suam. bentuk doh panjang (sederhana besar supaya mudah dililit pada sosej), lilit doh sekeliling sosej. Buat hingga habis doh dan sosej. Atur sosej di atas tin bakar bakar yang dilengser dengan sedikit minyak masak. Sapu telur di atasnya. Bakar ia pada suhu 220 darjah Celcius, hingga keperangan. |