Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Puding Ros Laici

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Puding Ros Laici 8.57
Kiriman: Nur Syahirah Said
Hits: 3377 Rating: 8.57 Review: 0
Bahan-Bahan:
25 gram agar-agar
1 biji kelapa (diambil 2 cawan santan)
½ kg gula
3 biji telur (dipukul)
2 sudu besar tepung kastard
1 tin buah laici (dicincang)
5 cawan air
Sehelai daun pandan
Pewarna (ikut suka)
Cara:
Agar-agar dimasak dengan 5 cawan air. Masukkan daun pandan untuk mewangikannya. Apabila air telah mendidih, masukkan gula dan biarkan ia larut, kacau selalu. Kemudian, apabila larutan agar-agar sudah pekat, masukkan tepung kastard berserta santan dan telur dan juga buah laici yang telah dicincang dan kacau sehingga sebati. Selepas itu, bahagikan kepada 3 bahagian dan titiskan pewarna merah, kuning, dan hijau. Masukkan ke dalam acuan atau bekas yang disukai. Biarkan ia beku dan sejukkan sebelum dihidangkan.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.