| Masukkan Mee Maggi ke dalam bekas besar. Hancurkan Mee Maggi itu dengan menggunakan tangan. Selepas Mee Maggi itu dihancurkan di dalam bekas, masukkan pula tepung cucur udang segera ADABI, jintan manis yang ditumbuk halus, bawang merah yang dihiris kecil kecil, udang yang dibuang kulit, cili hidup yang dihiris kecil-kecil, dan daun bawang yang dihiris kecil-kecil. Gaul kesemua bahan-bahan itu bersama Mee Maggi tadi sehingga sebati. Kemudian, renjiskan sedikit air untuk memudahkan proses pengepalan. Kepalkan Mee Maggi yang telah digaul dengan bahan-bahan tadi menjadi bentuk bujur. Kepalkan sehingga Mee Maggi itu habis. Setelah selesai proses pengepalan, pukul telur (seperti memukul telur untuk membuat telur dadar). Kemudian, celupkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam telur. Setelah selesai mencelup, masukkan kepalan-kepalan Mee Maggi tadi ke dalam minyak. Goreng sehingga masak dan kekuningan. Setelah kepalan Mee Maggi tadi masak dan kekuningan, hidangkan panas-panas. |