| Masukkan satu cawan minyak masak ke dalam periuk. Setelah panas, masukkan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kulit kayu manis. Masukkan juga sedikit halia serta bawang besar yang telah dikisar. Setelah bahan-bahan tadi kekuningan, masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang besar, halia, serbuk rempah ayam, serai dan daun pandan. Tumis hingga wangi. Selepas itu, masukkan air bersama ayam yang telah dibersihkan. Setelah ayam empuk, masukkan pati tomato, santan, asam gelugur, garam dan gula. Setelah mendidih, masukkan cili hijau, tomato dan daun pudina. Perlahankan api, masak sehingga naik minyak. Setelah itu, bolehlah dihidangkan. |