2 cawan kacang dal (direbus hingga kembang) garam gula 2 cawan santan pewarna mengikut buah
600 gm agar-agar (dimasak pekat) lidi (ditajamkan hijungnya) berus untuk mewarna buah polly foam (untuk mengeringkan agar-agar yang telah dicelup)
Cara:
Kacang dal dan santan dimesin sehingga halus. Kemudian dikacau bersama gula dan garam di dalam kuali dengan api yang sederhana sehingga boleh dibentuk menjadi buah-buahan. Bentuklah mengikut buah pilihan anda. Celupkan buah yang telah diwarnakan di dalam agar-agar suam sebanyak 3 - 4 kali. Gunakan lidi semasa mencelup buah-buahahn dan cucuk diatas benda lembut (polly foam).