Kek Lapis Coklat Lima Minit
Kiriman: Lila Fowler
Hits: 114 Rating: 7.50 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
1. 1 keping coklat masakan (cooking chocolate)250-300gm
2. 1 tin susu cair
3. ½ tin susu pekat - kalau suka manis, tambah susu pekat lagi.
4. 1 bungkus biskut marie - yang ini tidak ingat beratnya
|
|
| Cara: |
1. Cairkan coklat masakan - cara double boil - guna microwave pun boleh
2. Setelah coklat cair, masukkan susu cair dan susu pekat.
3. Kacau sehingga sebati dan biar mendidih sekejap.
4. Masukkan biskut marie dan kacau perlahan-lahan.
5. Masukkan ke dalam loyang dan tekan perlahan-lahan hingga rata.
6. Simpan dalam peti sejuk. Hidang apabila sudah sejuk. |
| Tambahan: |
| Kalau suka kek marie yang ranggup, jangan rendam biskut di dalam campuran coklat dan susu tadi. Sekadar celup dan susun biskut di dalam loyang. Tuangkan sahaja campuran coklat dan susu di atas biskut. kemudian tekan perlahan-lahan. |