Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Kuching Laksa

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Kuching Laksa 10.00
Kiriman: Azrul
Sumber: Ciptaan sendiri
Hits: 37 Rating: 10.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
Bahan A
Bee hoon (1 bungkus- direbus)
Rempah Laksa Sarawak 150g
2 liter air (seelok-eloknya air yg sudah dimasak)
Stok ayam maggi @ kiub pati ayam maggi
Santan dari sebiji kelapa
Isi ayam (direbus dgn air garam & dicarik kecil-kecil)
Udang (direbus dgn air garam)
Telur dadar (dihiris kecil-kecil)
Tauge (dicelur)
Daun sup (dihiris kecil-kecil)
Daun bawang (dihiris kecil-kecil)
Garam
Serbuk Perasa
Limau Kasturi
Bahan B (Sambal)
15 biji cili kering
2 inci belacan
Gula
Garam secukupnya
p/s : Bahan B dikisar dgn sedikit air
Cara:
Rebus rempah laksa sarawak bersama air sehingga mendidih dan naik bau. Setelah mendidih, tapiskan rempah ke dalam bekas yang berasingan untuk mengasingkan hampas rempah dari kuahnya. Masak sekali lagi bersama stok ayam maggi/kiub pati ayam maggi. Masukkan santan, garam dan serbuk perasa secukup rasa.
Cadangan Hidangan:
Masukkan bee hoon yang sudah direbus bersama hirisan telur dadar, isi ayam, daun bawang, daun sup, tauge, sambal cili dan limau kasturi ke dalam magkuk. Tambahkan kuah laksa secukupnya.
Tambahan:
Hmmmmmm... enak dimakan diwaktu masih panas. Jika mahu enak lagi, gunakan udang galah sebesar ibu jari. Selamat mencuba resepi ciptaan yang serba ringkas ini. Untuk maklum balas sila emel kan kepada saya azrul_1109@yahoo.com
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.