Kentang Berbijan
Sumber: Majalah Sajian Jelita Bil 43
Hits: 609 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
675 gm kentang kecil, dibersihkan Air untuk merebus kentang 3 camca besar minyak 2 camca besar badam urai |
2 camca teh bijan 2 camca teh kaskas 2 camca besar hirisan daun sup(daun sahaja) Garam dan serbuk lada sulah secukupnya |
| Cara: |
| Rebus kentang bersama sedikit air hingga empuk. Angkat dan sejat. Panaskan minyak di dalam kuali. Goreng badam, bijan dan kaskas hingga kuning. Tuang bahan-bahan goreng pada kentang. Kacau hingga sebati. Masukkan hirisan daun sup, garam dan serbuk lada sulah. Gaul rata dan hidangkan panas-panas. |