Ayam Bakar Santan Berempah
Hits: 1041 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
1 ½ kg ayam 5 batang serai (dikisar) 30 gm bawang merah (dikisar) 10 gm bawang putih (dikisar) 4 cm halia (dikisar) 5 biji buah keras (dikisar) 3 biji cili merah yang besar (dikisar) |
4 biji limau kasturi (diperah jusnya) 50 gm santan pekat 4 cm kunyit hidup (dikisar) 1 helai daun pisang yang besar & panjang 10 gm gula Garam secukup rasa Serbuk perasa secukup rasa |
| Cara: |
Ayam dibelah 2 kemudian dibersihkan & dikelar. Gaulkan dengan semua bahan yang telah dikisar halus juga jus limau kasturi, serbuk perasa, santan pekat & sedikit serbuk kari daging. Perapkan ayam selama 1 jam / lebih kerana semakin lama diperap semakin sedap rasanya.
Cara Membungkus: Lapis pertama letakkan kertas timah. Lapis kedua letakkan daun pisang. Lapis ketiga daun kunyit kemudian letakkan ayam & bungkus kemas-kemas. Bakar hingga masak dalam ketuhar selama 20-25 minit. Hidangkan ketika masih panas. |