Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Puding Karamel Che Joh

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Puding Karamel Che Joh
Hits: 7 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
5 biji telur ayam
1 cawan susu pekat manis
2 gelas susu lembu segar
1 gelas air suam
5 sudu besar gula pasir

1 sudu kecil parutan kulit oren atau lemon
1 sudu kecil esen vanila
6 sudu gula pasir,dicampur dengan 4 sudu air - dimasak sehingga menjadi kuning keemasan
1 sudu kecil mentega
Cara:
1.Pukul telur ayam sehingga ia naik berbuih.
2.Masukkan susu pekat,susu lembu segar serta air suam dan kacau sampai ia sebati.
3.Campurkan gula dan kacau sehingga gula itu hancur.
4.Masukkan parutan kulit oren/lemon dan esen vanilla.
5.Sejukkan bancuhan puding ini di didalam peti sejuk selama 30 minit.
6.Sos gula karamel yang telah menjadi kuning keemasan itu hendaklah segera diletakkan ke dalam bekas puding.
7.Ratakan sos sehingga menutupi keseluruhan dasar bekas puding.biarkan ia sejuk selama 15-20 minit.
8.Tuangkan bancuhan puding ke dalam bekas yang mengandungi sos gula karamel tadi.
9.Letakkan mentega di tengah - tengah puding itu.
10.Kukuskan puding tersebut didalam pengukus selama 30 minit-50 minit.
11.Setelah puding masak,keluarkan ia daripada pengukus dan biarkan ia sejuk selama 30 minit sebelum mula menghidang.
Cadangan Hidangan:
Puding akan bertambah sedap sekiranya dibiarkan selama semalaman didalam peti sejuk dan dihidangkan pada keesokkan harinya.Tapi,puding tersebut harus dibiarkan seketika di dalam suhu bilik selepas ia dikeluarkan daripada peti sejuk dan dihidangkan.
Tambahan:
Enak dimakan bersama insan tersayang di waktu petang.
Selamat mencuba resipi Che Joh!!!
Ingat,please cook with love...
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.