Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Dadih Mat Copy

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Dadih Mat Copy
Kiriman: Mat Copy
Sumber: Pengasuh semasa kursus Felcra.
Hits: 7 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
Bahan A

5 liter air
20 gram agar-agar ( selalunya cap kepala ayam warna merah)
* guna periuk yang bersaiz besar anggaran 26 cm
Bahan B
2 cawan susu tepung (samaada fernleft atau nespray- tak berbau)
1 tin saiz tinggi susu pekat manis F & N
3per4 cawan gula pasir
2 cawan air

Bahan C
sedikit garam ( untuk beri rasa lemak pada dadih )
perisa minuman ( cadangan: jagung, keladi, sirap keluaran ni ‘mat)
* elakkan guna perisa yang rasanya masam.
Cara:
Cara membuat:
1.Masak bahan A hingga larut.
2. semasa menunggu bahan A larut . campurkan kesemua bahan B dalam satu bekas yang berlainan hingga gula tersebut larut.
3. Bila bahan A telah larut, masukkan bahan B ke dalam periuk.
4. Bila sudah mendidih masukkan sedikit garam.
5. Tapiskan dan masukkan perisa . Tuang dalam bekas dan biarkan sejuk.
6. masukkan ke dalam peti sejuk ( bukan dibahagian beku)
Cadangan Hidangan:
Boleh letak nata de coco sebelum beku, insya Allah, kanak-kanak suka.
Tambahan:
Guna sukatan yang tepat; terlebih air dadih jadi lembik, terkurang air dadih jadi keras (jadi agar2 la pulak). Selamat mencuba...never say die before your try, good luck... matcopy
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.