Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Kueh Bom Nyonya

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Kueh Bom Nyonya
Kiriman: Hani Khadizah HB
Hits: 4 Rating: 0.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
Untuk dohnya:

1) 2 ½ cawan tepung beras pulut
2) 1 cawan tepung kanji
3) 2 cawan ubi keledek rebus yang dilecekkan.
4) ½ cawan gula
5) 1 cawan crisco (vegetable shortening)
6) 1 - 1 ½ cawan air
7) 150 gm biji bijan
Untuk Indinya:

1) 400 gm kacang tanah goreng kisar halus
2) 1 - 1 ½ cawan gula
3) ½ cawan lotus seed paste (optional)
4) 1 - 2 cawan air

Semua bahan di masak dengan api yang perlahan hingga kacang pekat, tapi jangan sampai kering atau keras. Sudah sejuk, boleh bulatkan untuk inti.
Cara:
Cara-cara membuat dohnya:

Gaulkan kesemua bahan kecuali air. Uli dan masukkan air sedikit demi sedikit sehingga betul-betul lembut dan tak meleket. Air mengikut keadaan doh itu.

Ambil doh sedikit, leperkan nipis-nipis dan isi inti kacang yang dibulatkan. Golekkan dengan biji bijan. Selepas itu, goreng dengan minyak yang sederhana panas . Kueh itu mesti tenggalam dalam minyak itu supaya tidak meletup.
Cadangan Hidangan:
1) Boleh juga menggunakkan inti kelapa.
Minyak mesti banyak dan tak terlalu panas.
2) Inti biar lembut, lebih sedap dicampurkan dengan lotus seed paste.

3) Ubi keledek boleh digantikan dengan ubi kentang.

4) Saya menggunakkan alat mixer kenwood, tapi kalau menggunakkan tangan, mungkin mengambil masa menguli dalam 20minutes.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.