kuih Bom (Sesame Seed Ball)
Kiriman: Hjh. Noorgeyah HM
Sumber: Recepi from my chinese beautician.
Hits: 9 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
Bahan-bahan untuk doh:
1) 500gm tepung beras pulut
2) 150gm tepung kanji (tang-min flour)
3) 180gm gula caster
4) 150gm lelamak sayuran (crisco)
5) 450gm air
6) 100gm biji bijan
|
Bahan-bahan untuk intinya:
1) 300-400gm kacang tanah
2) 100-150gm gula
3) 2 sudu makan madu
4) 2 sudu kecil biji bijan (optional)
5) ½ gelas air
|
| Cara: |
Cara-cara membuat dohnya:
1) Campuran semua tepung, gula dan crisco.
2) Masukkan air sedikit demi sedikit, ulikan hingga benar-benar sebati dan lembut. Jika terlalu keras, masukkan sedikit air sahaja.
Cara-cara membuat intinya:
1) Kacang digoreng dan kisar hingga halus.
2) Masakkan gula hingga sedikit perang.
3) Masukkan air, masak hingga gula sedikit pekat.
4) Masukkan gula dan madu, gaul sebati dan sejukkan. Buat bulat bulat untuk inti.
Cara-cara membuat:
Ambil sedikit doh, leperkan dan intikan dengan bebola kacang tadi. Golekkan dengan biji bijan selapas itu gorenglah hingga masak. |
| Cadangan Hidangan: |
1) Tepung kanji buatan Hong Kong lebih baik untuk kuih, walau bagaimana pun boleh juga gunakan kanji buatan tempatan atau Thailand.
2) Inti boleh ditukar kepada kelapa, dll.
3) Jika mengoreng, apinya biar lah sederhana, jangan terlalu besar apinya atau minyak terlalu panas.
4) Biar banyak minyak, supaya kalau mengoreng, kuih itu betul betul tengalam.
5) Uli doh itu sehingga betul betul lembut. |
| Tambahan: |
| Kuih ini memang sedap dimakan ketika masih panas lagi.. Kalau ikut resepi ini, InsyAllah, kuih ini tidak ada masaalah meletup ketika mengorengnya. |