¼ kati kacang soya-dicuci dan direndam selama satu malam 750 ml air 500 ml air
185 gm gula pasir(½ gula batu jika suka) 2 helai daun pandan
Cara:
Cuci dan toskan kacang soya dan hancurkannya bersama -sama dengan 750 ml air dalam penghancur (blender) hingga halus. (Bahagikan dalam tiga atau empat bahagian jika penghancur itu terlalu kecil) ATAU cuci, toskan dan tumbukkan kacang soyaitu hingga lumat. (Air 750 ml ditambah ke dalam peruk semasa merebus). Masukkan kacag soya yang hancur dalam sebuah periuk dan tambahkan 500 ml air serta daun pandan yang disimpulkan. Masak hingga mendidih dan biarkan mendidih perlahan-lahan lebih kurang 20 minit. Tapiskan campuran secara teliti dengan menggunakan sehelai kain maslin. Tuang semula susu kacang soya ke dalam periuk dan masukkan gula kemudian rebuskan semula hingga gula larut. Cairkan mengikut rasa dan hidangkan sejuk atau suam.