Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Ikan Masak Asam Tumis (mereneh)

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Ikan Masak Asam Tumis (mereneh) 1.00
Sumber: Resipi Harian Edisi Ketiga
Hits: 867 Rating: 1.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
2 ekor ikan kembung / pelata / cencaru
6 biji cili kering
(Ditumbuk / semuanya digiling)
6 mm persegi belacan
6 mm kunyit kering
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 hiris lengkuas / halia
1 batang serai
2 biji tomato (jika suka)
1 sudu kecil asam jawa
375 ml air
2 sudu besar minyak
½ sudu kecil gula
Garam (secukup rasa)
Cara:
Sediakan ikan. Bersihkan ikan & perasakannya dengan garam. Sediakan bahan-bahan yang hendak ditumbuk. Celur lada kering. Kupas bawang merah, bawang putih, halia / lengkuas, buangkan kulit luar serai, kunyit kering & basuh semuanya. Tuskan lada kering, potong serai & lain-lain & tumbuk / giling semuanya dengan belacan. Perah asam jawa dengan 375 ml air tapis. Basuh & belah 2 tomato. Memasak ikan. Panaskan minyak dalam belanga atau sospan. Tumis bahan-bahan yang ditumbuk / digiling hingga garing. Tuang serta kacau air asam jawa di dalamnya perlahan-lahan hingga mendidih. Masukkan ikan & biarkan ia mereneh selama 10 minit kemudian masukkan tomato. Masukkan garam & gula secukup rasa. Hidangkan dalam mangkuk lauk.
Tambahan:
Cara lain Untuk Memasak Ikan Masak Asam Tumis:
Tidak menggunakan minyak, asam jawa & gula. Gunakan serai tetapi titik sahaja serai itu. Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk atau digiling dengan 375 ml air & 2-3 keping asam gelugur, serai yang dititik, sehelai daun kunyit & biarkan ia mendidih. Masukkan ikan & kemudian tomato. Keluarkan asam gelugur & serai sebelum menghidangkannya.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.