Ikan Pandan Berkentang
Sumber: Majalah Saji Ogos 2000
Hits: 404 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
Bahan-bahan tumbuk: 1 sudu kecil lada hitam 3 ulas bawang merah ½ sudu kecil garam
Bahan-bahan perap: 300 gm isi ikan tenggiri 2 sudu kecil nampla (sos ikan) ½ sudu kecil cuka epal |
Sedikit serbuk kunyit dan garam 15 helai daun pandan Minyak untuk menggoreng
Bahan-bahan inti: 2 biji kentang, digoreng dan dilecek lumat 1 biji kuning telur 1 helai daun kunyit, dihiris halus |
| Cara: |
| Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Lumurkan ikan bersama sedikit garam dan serbuk kunyit. Kemudian isi ikan hendaklan dipotong dadu, buang tulang tengahnya). Lumurkan ikan dengan nampla dan cuka, perap ikan selama 1/2 jam. Ketepikan. Sediakan bekas lain, masukkan kentang yang dilecek lumat bersama hirisan daun kunyit, garam dan serbuk lada hitam. Masukkan bawang merah. Gaul hingga sebati. Masukkan kuning telur. Gaul kesemua bahan tadi hingga sebati, ketepikan. Bersihkan daun pandan, lurutkan seketika untuk melembutkannya. Lipatkan daun pandan seperti kon. Masukkan sedikit bahan inti (kentang) ke hujung kon pandan tadi. Kemudian masukkan seketul isi ikan yang diperap. Tutup dengan sedikit lagi inti kentang. Bungkus ikan tadi seperti membungkus ketupat palas. Panaskan minyak, goreng ikan pandan ini hingga masak. |
| Tambahan: |
| Ketika menyediakan intinya pastikan ia tidak terlalu pekat. Jika pekat campurkan sedikit air. Seeloknya adunan seperti membuat jejemput. anda boleh menggunakan tali pisang atau lidi untuk menyemat daun pandan agar tidak terbuka isinya ketika menggoreng. |