Fusilli Kaserol
Sumber: Majalah Saji Ogos 2000
Hits: 478 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
200 gm fusilli 1 batang lobak merah, diparut ½ tin cendawan butang, dihiris 1 tangkai daun ketumbar, dihiris ½ sudu kecil oregano 250 gm keju mozarella, diparut 2 biji tomato, dihiris |
200 gm daging kisar 1 labu bawang besar, dihiris Sedikit garam 2 sudu besar minyak 50 gm mentega 6 keping kulit popia basah Air panas secukupnya |
| Cara: |
| Masukkan fusilli di dalam kaserol tinggi yang berisi air panas, Campurkan minyak dan tutup dengan 'cling film. Buat sedikit lubang. 'COOK' dengan 'HIGH' selama 8 hingga 10 minit sehingga lembut. Tapis, tus dan gaul dengan mentega, ketepikan. Sementara itu sediakan kaserol lain, masukkan daging, lobak merah, oregano, tomato, bawang, cendawan butang, garam dan daun ketumbar. Masak dengan 'HIGH' selama 5 minit, keluarkan. Campurkan fusilli ke dalam kaserol yang berisi adunan daging tadi dan kacau rata. Bahagikan adunan ini kepada 4 bahagian. Sediakan kaserol lain, masukkan bahagian pertama. Taburkan keju mozarella dan lapikkan dengan 2 keping kulit popia basah di atasnya. Masukkan pula bahagian kedua, kemudian taburkan keju mozarella dan lapik dengan 2 kulit popia basah. Ulangi proses yang sama hingga habis keempat empat bahagian. Akhir sekali taburkan keju mozarella dan hias dengan tomato. Masak dengan 'HIGH' selama 3 minit kemudian keluarkan. Jika inginkan warna keperangan, masak menggunakan 'CONVECTION' selama 10 minit. Angkat dan hidangkan. |
|