Masak Lemak
Sumber: Resepi Harian 1986
Hits: 3266 Rating: 1.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
2 biji telur (direbus keras) 6 mm kunyit 3 ulas bawang merah 2 biji cili merah 4 biji cili hijau 1 batang serai |
1 helai daun kunyit ½ biji kelapa santan 1 keping asam gelugur Garam secukup rasa 1 biji cili merah untuk hiasan |
| Cara: |
Sediakan bahan-bahan. Kupas kulit telur & potong dua memanjang. Kupas bawang,buang biji cili & basuh. Belah dua cili hijau. Tumbuk kunyit kering,bawang & cili merah hingga lumut. Titik serai. Perah 375 ml santan. Masukkan telur. Campurkan bahan-bahan yang ditumbuk dengan santan,serai,daun kunyit & asam gelugur dalam belanga/periuk. Biarkan mendidih perlahan-lahan serta kacau sekali-sekala. Apabila mendidih,masukkan telur yang dipotong dua memenjang & cili hijau. Bubuh garam secukup rasa. Biarkan ia mendidih sekecap sahaja & hidangkan.Hiaslkan dengan cili yang telah dilenturkan. |
| Cadangan Hidangan: |
| 4 orang saja |