Tat Nanas Harum
Sumber: Majalah Wanita Mei 1994
Hits: 2440 Rating: 5.75 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
Bahan-bahan untuk inti: 4 cawan nanas parut 3 ½ cawan gula 3 kuntum bunga cengkih
Bahan-bahan untuk kulitnya: 500 gm tepung gandum 300 gm tepung naik sendiri |
500 gm mentega 2 biji kuning telur ¼ sudu teh serbuk vanilin
Bahan hiasan: 1 biji kuning telur dipukul sedikit Bunga cengkih secukupnya Mangkuk kertas secukupnya |
| Cara: |
| Ayak kedua jenis tepung dalam mangkuk adunan. Masukkan mentega dan gaul sampai berbiji. Tuangkan kuning telur yang dipukul sedikit dan campurkan serbuk vanilin. Uli perlahan. Biarkan selama 15 minit. Sekiranya adunan terlalu lembut masukkan sesudu tepung gandum dan uli sampai sebati, sepertimana adunan tat biasa. Ambil sejemput adunan. Leperkan, masukkan inti dan bentuk seperti nanas. Gunting atasnya untuk membuat kulitnya. Cucukkan bunga cengkih sebagai tangkainya. Sapu telur merah dan isikan dalam mangkuk kertas serta bakar sampai masak. |