Daging Panggang Puncak Kasih
Sumber: Majalah Saji Ogos 2000
Hits: 349 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
1 kg daging batang pinang 100 gm hati ayam, dipotong kecil 100 gm hempedal, dipotong kecil 2 liter santan kelapa 150 gm bawang putih, dikisar 300 gm bawang besar, dikisar |
200 gm air asam jawa 100 ml minyak masak 50 gm jintan putih, dikisar kering 25 gm lada hitam, dikisar kering Garam dan lada sulah secukup rasa |
| Cara: |
| Daging dibersihkan dan ditoskan. Panaskan minyak dan masukkan bahan-bahan kisar dan tumis sehinga pecah minyak. Masukkan hati ayam dan hempedal kemudian kacau hingga masak. Masukkan sedikit air, garam dan gula, kacau hingga rata. Bila mendidih, angkat dan sejukkan. Lumurkan separuh daripada rempah yang dimasak tadi pada daging dan perap selama sejam sebelum dipanggang di dalam ketuhar selama 25 minit pada suhu 180 darjah. Untuk membuat kuah, satukan santan, air asam jawa dan baki rempah yang dimasak tadi dan jerang di atas api yang sederhana. Kacau hingga rata dan biarkan hingga kuah pekat sedikit. Daging yang sudah dimasak dipotong kemudian tuangkan kuah ke atasnya sebelum dihidang. |
|