Gulung Blueberry
Sumber: Majalah Jelita Ogos 1993
Hits: 3903 Rating: 4.33 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
3 biji kuning telur 6 biji putih telur 50 gm air sejuk 150 gm gula 1 camca sedang Quick 75 1 camca teh serbuk penaik |
100 gm tepung gandum 60 gm tepung jagung 1 camca teh esen vanila 75 gm mentega cair Pewarna merah |
| Cara: |
| Satukan semua bahan kecuali mentega cair dan pewarna. Putar rata. Masukkan mentega cair. Putar lagi. Masukkan pewarna merah. Kacau rata. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Masukkan ke dalam dua loyang pembakar. Bakar hingga masak. Apabila kek masak, sejukkan baru dipotong enam jalur berlainan ukuran. Ambil satu lagi kek dan letakkan di dalam acuan berbentuk V yang dilapik dengan kertas minyak. Sapu krim mentega di tengah-tengah kek di dalam bekas V tadi. Sapukan pula inti blueberry pada krim tadi. Letakkan jalur kek terkecil sekali di atas blueberry. Tindih jalur-jalur kek yang dipotong tadi selapis demi selapis di atas krim mentega dan inti blueberry hingga penuh bekas berbentuk V. Kemudian balut kek dan simpan di dalam peti sejuk. |
| Tambahan: |
| Tin inti blueberry (boleh dibeli dipasar raya) dimasak bersama 1 camca sedang tepung jagung dan sedikit air. |