Mesra.net - Malaysia Directories & Information

Malaysia Directories & Information

Search

More search options

Home

Mesra.net - Resepi > Kek Lapis Asam Manis

| Add Recipes | Recipes of the Day | Discussion/Request Recipesnew | Top Rating Recipes |
Kek Lapis Asam Manis 5.00
Sumber: Majalah Jelita Ogos 1993
Hits: 1686 Rating: 5.00 Review: 0
Bahan-Bahan:
10 biji telur, asingkan kuning dan putih
340.2 gm gula halus
368.3 gm mentega
¾ tin susu pekat
1 camca teh esen vanila
283.5 gm biskut keras, dikisar halus
1 camca teh serbuk penaik
Sedikit pewarna hijau
Kepingan asam manis(hee haw flakes) secukupnya
Cara:
Pukul putih telur hingga putih. Masukkan gula. Masukkan kuning telur dan putar sebati. Ketepikan. Di dalam bekas lain kacau mentega bersama susu pekat hingga rata dengan menggunakan sudip kayu. Masukkan esen vanila dan bancuhan mentega ke dalam adunan telur. Putar rata. Satukan serbuk biskut keras bersama serbuk penaik. Gaul rata. Kemudian masukkan serbuk ke dalam adunan telur. Putar sebati. Bahagi adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian warnakan hijau dan satu lagi biarkan warna biasa. Lapiskan bahagian warna hijau di dalam tin pembakar. Bakar hingga masak. Apabila lapisan kek masak, tekan supaya rata. Susun kepingan asam manis pada permukaan kek. Kemudian ratakan bahagian berwarna biasa. Bakar hingga masak. Ulangi hingga habis adunan.
Review:


Disclaimer | Privacy Policy | Term of Conditions | About Us | Advertise | Contact Us

© Mesra.net is a trademark of Multi System Resources And Network [M] Sdn. Bhd.
All content is copyright © 1998-2006 Mesra.net and its respective owners.