Masak Lemak Tumis Ikan
Kiriman: Salina
Hits: 38 Rating: 0.00 Review: 0
|
|
| Bahan-Bahan: |
5 keping ikan tenggiri/5 ikan kembung
600gm santan
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
2 biji cili merah/cili padi(di hiris memanjang)
2 cm halia(di hiris halus)
2 batang serai (di ketuk/titik)
|
Garam (secukup rasa)
gula (secukup rasa)
serbuk perasa/kiub pati ikan bilis (i/2 kiub)
asam jawa/pes jus asam jawa (2 sudu makan)
kunyit serbuk (1 sudu kecil)
minyak untuk menumis (cukup untuk menumis)
|
| Cara: |
| Ikan di goreng terlebih dahulu. Bagi penyediaan memasak kuah, tumis bawang,halia,cili merah dan serai sedikit layu sahaja, masukkan sedikit santan kemudian masukkan garam,gula,serbuk kunyit,pati ikan bilis kacau biar sebati dan secukup rasa,baru masukkan lebihan santan dan perahan air asam jawa. masak hingga mendidih kemudian masukkan ikan goreng biar sekejap dan angkat untuk dihidangkan. |
| Cadangan Hidangan: |
| Dihidangkan bersama nasi putih, sambal belacan serta hidangan sayur. |
| Tambahan: |
| Masak lemak ini akan lebih sedap jika pandai seimbangkan rasa masam,manis dan masinnya. Ikan kurau,merah,tenggiri amat sesuai tetapi ikan kembung, selayang dll juga boleh digunakan asalkan tidak mudah hancur. |